Cermin Mata Terapi Ibnusina

Cermin mata terapi " TANPA POWER" ini diciptakan khas untuk anda bagi merawat dan mengurangkan masalah RABUN JAUH,RABUN DEKAT dan juga SILAU. Cermin mata ini membantu kita untuk memulihkan kembali titik fokus mata kita yang dah "outfokus". Dengan pemakaian sekurang-kurang nya 15-30 minit sehari, anda mampu mengurangkan rabun dan selepas 3 minggu anda boleh memeriksa power mata anda di kedai cermin mata berdekatan untuk mengetahui sama ada power mata anda sudah turun atau pun tidak. Cermin mata ini boleh dipakai oleh semua jenis jantina dan pelbagai lapisan umur termasuk kanak-kanak. www.facebook.com/IbnusinaEyewearKL

Setelah 2 minggu bersama Arowana

Alhamdulillah...setelah hmpir 2 mggu bersama my highback golden arowana,setakat ini masih lg berpuas hati dgn prestasi yg di tunjukkan dan tak byak kerenah birokrasi yg di mainkan..haha
Pada tarikh 12.1.2013 iaitu bersempena dgn HKR112, bermula lh episod baru dlm hobi yg aku idam2 kan selama ini iaitu membela ikan kelisa@ arowana..dengan memilih spesies yg mana harga nya tak lah terlalu mahal dan tak juga trlalu murah,maka aku memilih untuk membeli jenis highback golden..baby aro kira2 3inci lbih dimasukkan dlm akuarium yg bersaiz 3kaki.
Agak membimbangkan semasa mula2 di masukkan ke dlm akuarium apabila ikan trsebut melompat-lompat hingga terkena penutup akuarium..slps itu pula mendiamkan diri pada bucu akrium..tetapi slps 2 jam kmudian baru lah berenang secara normal.keadaan trsebut berlaku adalah d sebabkan ikan mengalami stress atau juga dikenali "new tank syndrom"..(entah betul ke tak ayat aku tu.haha).. Ikan terpaksa dipuasakan sehari di dlm akuarium baru setelah d puasakan sehari sebelum nya oleh pnjual tersebut sblm proses pghantaran di lakukan..
Inilah sedikit sbnyak tentang kisah hobi aku ni..insyaAllah akan d update gmbr2 terbaru apabila beliau besar kelak..itu pun kalau ikan dan jgk pemilik nya pnjg umur la..hehe.

fakta menarik tentang mati

1. sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.
2. kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal!
3. apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)!
4. sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.
5. lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

6. mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan. Sau lagi fakta, mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding yang ditanam di dalam tanah.
7. pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.
8. masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu mereka akan mencukur kening apabila kucing peliharaan mereka mati

Fakta Sains 2

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan.
America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .


5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan
menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan
boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Angka Dengan Kehidupan dan Personaliti

Bukan mudah nak kenali personaliti seseorang tu.Kadangkala orang boleh hipokrit dari segi luarannya kan ? Ha..untuk meneruskan lagi acara penujuman kita,kali ini jom kita sama-sama menyelidik personaliti seseorang menerusi satu amalan orang Jepun pula yang dikenali sebagai ‘Meisu’ yang bermaksud angka kehidupan! Meh la!!!


Senang saja. Lebih kurang sama dengan cara kita mengenali personaliti menerusi abjad nama kita. Kamu perlu jumlahkan angka tahun,bulan,dan hari kelahiran kamu. Setelah itu,jumlahnya perlu dijadikan antara angka 1 hingga 9. Tapi ingat,jika nombor itu 10 anggap ia sebagai no 1. Contoh:

Tarikh kelahiran kamu ialah: 24hb Februari 1975
Jumlah angka tahun kelahiran 1975
= 1 + 9 + 7 + 5

= 22

= 2 + 2

= 4

Jumlah angka hari dan bulan
= 24 + 2

= 2 + 4 + 2

= 6 + 2

= 8

Jadi
= 4 + 8

= 12

= 1 + 2

= 3

@

24hb Februari 1975:
= 2 + 4 + 2 + 1 + 9 + 7 + 5

= 30

= 3 + 0

= 3

BERMAKNA KAMU HARUS MERUJUK ANGKA KEHIDUPAN NO. 3
SELAMAT MENCUBA!!!


ANGKA KEHIDUPAN 1
Kamu seorang yang tidak suka terikat dengan sebarang komitmen yang membuatkan kamu rasa tertekan dan terkongkong. Kamu juga tidak suka bergantung kepada orang lain dan yakin dengan kebolehan diri sendiri selain memiliki prinsip diri yang tinggi. Sifat ramah membuatkan kamu mudah meraih ramai kenalan tapi seringkali juga kamu kehilangan mereka dek kerana sikap kamu yang suka mangongkong.

Kelemahan diri:
Wah! Rupanya kamu ini seorang yang suka mengawal orang lain. Tak elok tu. Sifat kamu yang ‘terlalu prihatin’ kadangkala merimaskan bahkan seolah-olah ‘mak cik senduk’ pula. Sifat kamu yang suka mengkritik orang lain membuatkan kamu menyakiti atau mengecilkan hati orang lain tanpa kamu sendiri sedari. Selain itu, kamu juga terlalu bangga dengan kelebihan diri sendiri sehingga terlupa bahawa kamu juga mempunyai kelemahan!

ANGKA KEHIDUPAN 2
Ia melambangkan kamu ini seorang yang setia dan taat tidak kira kepada orang atasan ataupun pasangan hidup. Kamu juga seorang yang ringan tulang dan suka membantu orang yang memerlukan pertolongan dari kamu tanpa banyak soal. Oleh sebab itu kamu sesuai bekerjasama dan bekerja secara berkumpulan. Sifat kamu yang pandai bergaul membuatkan kamu ramai teman. Namun biasanya kamu akan mencapai kejayaan dengan bimbingan orang lain seperti orang atasan. Sifat kamu yang sederhana membuatkan hidup kamu lebih bahagia.

Kelemahan diri:
Sebenarnya kamu ini tidak mempunyai citi-cita yang tinggi. Kamu cepat berpuas hati dengan sedikit kejayaan yang kamu raih. Bahkan kamu juga terlalu serius memikirkan soal masa depan. Kadangkala kamu cepat membuat keputusan sehingga kamu sendiri sesali nanti bila kamu sedar ia kurang tepat. Kamu juga kurang tabah untuk menghadapi rancangan dan rintangan hidup.

ANGKA KEHIDUPAN 3
Nampaknya kamu ini seorang yang ‘happy go lucky’ orangnya dan optimistik. Sifat sebegitu membuatkan kamu disenangi ramai apatah lagi kamu bijak mengambil hati teman-teman. Kamu juga tidak kekok untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendak tahu apa yang tersirat dihati mereka? Lihat saja air muka mereka. Pasti ia tergambar dengan jelas dan nyata kerana mereka tidak pandai menyembunnyikan perasaan. Jika mereka dapat mengatasi sifat ragu-ragu,pasti kejayaan dapat dicapai!

Kelemahan Diri:
Sah! Kamu ini kurang tabah untuk manghadapi cabaran hidup. Selalu saja keraguan bersarang di hati. Cuba atasi kelemahan itu yek! Anggaplah cabaran itu sebagai bunga-bunga hidup!



ANGKA KEHIDUPAN 4
Selalunya orang yang terletak di bawah angka kehidupan ini agak senang kehidupan mereka. Mereka jarang menghadapi kesulitan dari segi material. Tapi tidak hairanlah mereka mampu hidup senang kerana sikap mereka yang rajin berusaha. Selain itu, sifat patuh membuatkan mereka disayangi oleh orang atasan dan si dia. Mereka juga jenis yang suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.

Kelemahan Diri:
Kamu ini seorang yang selalu berpegang teguh kepada adat hinggakan kadangkala menjatuhkan maruah dan air muka orang lain. Kamu juga seorang yang keras kepala. Putih kata kamu putihlah jawabnya. Satu lagi sifat negatif kamu, sukar untuk mempercayai orang lain!

ANGKA KEHIDUPAN 5
Bagi kamu, hidup ini hanya sekali saja. Tidak ada faedah memikirkan perkara lepas yang mengguris hati. Kamu lebih suka memandang ke depan dan bersemangat tinggi. Kamu juga suka mencari perubahan dan pembaharuan. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah tugasan luar pejabat yang tidak mengongkong kebebasan kamu. Namun kamu sukakan kehidupan yang damai dan privacy. Satu lagi sikap kamu, tak suka cari pasal dengan orang lain!

Kelemahan Diri:
Oleh kerana kamu suka membuat pembaharuan, kadangkala terlalu ‘excited’ mengejar sesuatu yang baru sedangkan rancangan lama masih belum siap lagi! Kamu juga agak boros apabila menyentuh soal duit. Selain itu, kamu cepat bosan dan suka bertukar kerja. Awas! Kadangkala mereka ini juga suka menukar pasangan!

ANGKA KEHIDUPAN 6
Mereka yang bernaung di bawah angka kehidupan ini seorang yang bertanggungjawab dan pandai menjaga perhubungannya dengan orang lain. Mereka juga berjiwa patriotik dan suka bersederhana dalam serba serbi. Mereka juga sukakan kehidupan yang damai dan bencikan pergaduhan. Sebab tu bila ada teman yang bertekak, mereka buat tak reti. Nanti memburukkan lagi keadaan. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini sesuai dijadikan orang tengah kerana mereka ini takkan berat sebelah.

Kelemahan Diri:
Hai..gila kuasa nampak? Tanpa sedar, kadangkala mereka ini akan ambil tugas orang lain. Mereka juga selalu gelisah bila ditimpa masalah walaupun remeh. Dalam soal cinta, mereka ini juga agak keterlaluan. Asyik nak berkepit aje!

ANGKA KEHIDUPAN 7
Biasanya mereka yang berada di bawah angka ini mempunyai pemikiran yang tinggi dan suka berfikir secara logik. Mereka juga pandai memulakan komunikasi walaupun dengan orang yang pertama kali bersua. Sebab tu mereka ini mudah jalinkan persahabatan dengan orang lain. Selain itu, kebiasaannya keputusan yang mereka buat pasti tepat dan tidak akan disesali di kemudian hari.

Kelemahan Diri:
Mereka ini sering berasa gelisah dan curiga. Boleh jadi pengkritik yang baik kerana sifat mereka yang suka mengkritik. Jangan macam tu kamu pun bukannya ‘perfect’ sangat! Sifat kamu yang pentingkan kesempurnaan membuatkan diri kamu sering dipermainkan teman-teman. Padan muka!

ANGKA KEHIDUPAN 8
Wah! materialistik rupanya kamu ni! Tak nak mengaku lagi tu? Tapi biasanya kamu sentiasa memperolehi apa yang kamu inginkan. Selain itu, kamu juga pandai mengaturkan soal kewangan. Kamu juga mempunyai pandangan yang luas dan rajin bekerja. Dalam perhubungan, kamu memang jenis yang setia habis!

Kelemahan Diri:
Eh! Dahlah materialistik, boros pulak tu. Selain itu, kamu ini agak sombong orangnya lebih-lebih lagi dengan orang yang tak dikenali.

ANGKA KEHIDUPAN 9
Syabas! Kamu bersifat dermawan dan berperikemanusiaan. Kamu juga prihatin terhadap pemasalahan orang lain terutamanya yang rapat dengan kamu. Dari segi penampilan, kamu sentiasa pastikan diri kamu kemas dan ber*sensor*a. Pergaulan pula, kamu pandai membawa diri dan sering mengalah. Malas nak cari gaduh!

Kelemahan Diri:
Kelemahan kamu, hidup yang tidak terurus! Kamu juga sensitif yang tidak bertempat dan berjiwa pemberontak. Satu lagi, berhati-hati dengan mereka ini kerana mereka ini suka bertukar pasangan seperti mereka suka tukar kerja! Selagi tak puas hati, selagi itulah mereka akan mencari! Satu lagi sifat mereka, suka menyendiri dan tak suka diganggu lebih-lebih lagi time mood tak betul! 
 
sumber, http://lawakstory.blogspot.com

Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan

Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a: “Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku: “Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”
(al-Bukhari)
Huraian:
Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya.
Sikap ‘egoist’ akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua. Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan.
Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.

Posted in Akidah Akhlak

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman: “Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?” “Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?” “Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala:”Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”

(Muslim)

Huraian:

Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Posted in Akidah Akhlak